9 & 10 Ogos 2023, Microsoft Teams Webinar – Dua sesi taklimat untuk Pusat Digital Ekonomi Keluarga (PEDi) diadakan melalui platform Microsoft Teams Webinar dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) demi menyebarkan maklumat dan peluang program Microsoft Skills For Jobs – Bersama Malaysia.
Kedua-dua sesi taklimat tersebut dihadiri oleh lebih daripada 1,000 pengurus dan pembantu pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk mempelajari cara-cara mendaftarkan diri untuk belajar kursus-kursus Microsoft percuma yang sedia ada di platform e-LATiH. Para pengurus serta pembantu pengurus PEDi pula akan mewar-warkan peluang pembelajaran ini kepada masyarakat setempat mereka dengan harapan dan matlamat masyarakat B40 di kawasan luar bandar dapat memanfaatkan peluang pembelajaran ini demi membantu mereka mendapatkan pekerjaan, meningkatkan produktiviti kerja mereka ataupun bantu mereka dalam pengurusan perniagaan.
Kini, hampir 1,500 rakyat Malaysia dan ramai lagi telah mendaftarkan diri dalam kursus tersebut.
#MicrosoftPhilanthropy #SkillsForJobsMY