Ogos 2023, Selangor – Dalam usaha memastikan usaha pelestarian program Literasi Digital, Microsoft bekerjasama dengan Mereka Belia 2.0 (tajaan Yayasan Hasanah), demi melatih tujuh individu yang terpilih dalam daripada komuniti PPR Lembah Subang melalui Program Train The Trainers (TTT) ini. Program selama 5 hari tersebut merangkumi latihan kemahiran digital, insaniah dan motivasi diri demi membentuk para peserta untuk menjadi seorang pelatih yang celik IT, mempunyai keyakinan diri serta kemahiran yang relevan untuk mengajar kursus-kursus asas Microsoft di bawah program Microsoft Skills For Jobs ini.
Setelah itu, para peserta turut diuji dan dicabar dengan tiga latihan simulasi yang melibatkan penilaian daripada pakar-pakar serta komuniti PPR Lembah Subang itu sendiri, demi mendedahkan mereka dengan realiti dan tanggungjawab sebagai seorang pelatih dan fasilitator.
Di penghujung program ini, para peserta yang terpilih berpeluang untuk menyertai mana-mana bengkel dibawah program Microsoft Skills For Jobs – Collective Impact dan merebut peluang untuk menjana pendapatan sampingan sebagai seorang fasilitator mahupun pelatih. Mereka juga akan teruskan usaha ini untuk menganjurkan kelas-kelas Microsoft dan kongsikan ilmu yang dipelajari dengan masyarakat tempatan.
#MicrosoftPhilanthropy #SkillsForJobsMY