31 Julai 2023, Perak – Microsoft, Biji-biji Initiative, dibawah Program Skills For Jobs; Collective Impact, berbangga dapat bekerjasama dengan pihak PERKESO Negeri Perak dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menyokong inisiatif Chalet Kayuh D’ Tonggang, Tanjung Rambutan, Perak. Program Microsoft ini merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan kemahiran digital rakyat Malaysia sebagai alat untuk menaiktaraf kehidupan dan ekonomi mereka.
Sokongan yang diberikan adalah dari segi latihan digital, fotografi dan video untuk tujuan pemasaran, serta platform untuk pemasaran digital. Tujuh individu yang bertanggungjawab mengusahakan chalet tersebut telah diajar cara-cara menggunakan produk Microsoft Office untuk kegunaan perniagaan seperti membuat Borang Deklarasi, Invois & Resit, dan Poster. Modul SWOT Analysis turut diajar untuk bantu menambahbaik pengurusan perniagaan chalet komuniti tersebut.
Microsoft dan Biji-biji Initiative membawa seorang pakar untuk mengambil gambar dan video profesional supaya peserta dapat menggunakan material tersebut untuk tujuan promosi chalet mereka. Selain itu, para peserta juga mendapat pendedahan tentang mereka bahan pemasaran yang mudah tapi menarik untuk digunakan sebagai tujuan pemasaran digital chalet mereka.
Dalam masa yang sama, team Biji-biji Initiative akan membantu Chalet Kayuh di Tonggang untuk memasarkan perniagaan mereka menggunakan platform Mereka iaitu Mereka Connect yang mempunyai lebih 60 Hub, 1,500 peserta dan 15,000 alumni.
Program ini telah mencapai objektif untuk memperkasakan kemahiran bisnes dan digital para pengusaha Chalet Kayuh di Tonggang, menawarkan bahan-bahan pemasaran berkualiti tinggi, serta memanfaatkan platform Mereka Connect untuk mencapai lebih ramai pengunjung ke chalet tersebut.
Microsoft dan Biji-biji Initiative merangkap ribuan terima kasih kepada En. Roslan Bin Pilus, Timbalan Pengarah dari Pejabat PERKESO Negeri Perak, En. Hairul Nizam Bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Perak & Kedah, Datuk Grace Chia Hui Yen dari SME Association of Malaysia, diatas jemputan, sokongan dan kerjasama yang diberikan demi menjayakan program ini.