5 & 6 Ogos 2023, Kelantan – Diatas jemputan PERKESO Kelantan, Microsoft dan Biji-biji Initiative turun ke Kota Bharu dan membuka satu booth demi membantu lebih 1,700 pencari kerja di Karnival Kerjaya MYFutureJobs Negeri Kelantan 2023, dibawah Program Skills For Jobs.
Microsoft dan Biji-biji Initiative menawarkan khidmat percuma seperti khidmat membuat & perbaiki resume, kelas pemerkasaan digital, bimbingan kerjaya, serta cara-cara menggunakan laman LinkedIn untuk menambahbaik peluang pekerjaan mereka. Coach Rahul Thomas (pakar Cyber Security dan Microsoft) dan Coach Abdul Khaliq Putra (pakar Rekruiter) dibawa dari Kuala Lumpur untuk kongsikan pengalaman dan kepakaran mereka demi membantu para pencari kerja yang hadir di karnival tersebut.
Kebanyakan pencari kerja yang hadir terdiri daripada golongan graduan baru, diikuti oleh pelajar yang sedang mencari latihan industri (internship) dan juga individu yang diberhentikan kerja. Majoriti bersetuju dan menghargai inisiatif Skills For Jobs ini kerana ianya sangat membantu menyediakan mereka untuk permohonan kerja dan temuduga kerja yang berlangsung di dalam dewan. Berikut adalah testimoni mereka:
“Saya belajar mengenai cara tepat untuk mengisi detail-detail di resume dan cara mengendalikan software Microsoft.” (Muhammad Amirul)
“Program ini sangat membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan tentang resume, pencarian kerja dan pengetahuan tentang pekerjaan. Ia juga membuka minda saya dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada.” (Mas Ayu)
“Bagi pandangan saya, program ini amatlah berharga kerana ia dapat membantu ramai belia dan orang awam yang masih menganggur.” (Muhamad Ammar)
Pada hari terakhir, PERKESO merekodkan perolehan kerja hampir 400 pekerjaan. Microsoft dan Biji-biji Initiative bertekad untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak demi membawa manfaat program pemerkasaan digital dan membantu rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup mereka.
#MicrosoftPhilanthropy #SkillsForJobsMY