Bengkel Microsoft Collective Impact di KPTM Kota Bharu & PEDi Padang Tembak, Kelantan

3 min read

7 Ogos 2023, Kelantan – Dua Bengkel Pemerkasaan Digital telah dilaksanakan oleh Microsoft dan Biji-biji Initiative dibawah Program Microsoft Skills For Jobs – Collective Impact Program. 

Diatas kerjasama PERKESO Kelantan dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu, 20 pelajar jurusan Banking and Islamic financing telah menghadiri bengkel Microsoft dan perkasakan kemahiran dalam topik Internet Safety, Microsoft 365, Outlook, Word, Excel, PowerPoint serta Chat GPT. Peningkatan kemahiran digital ini berjaya meningkatkan keyakinan mereka untuk bekerja selepas tamatnya Diploma mereka pada bulan November ini.

Pada belah petang pula, bengkel kedua dijalankan diatas kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Padang Tembak, Kota Bharu. Bengkel ini disertai oleh 8 usahawan di sekitar PEDi tersebut. 

“Saya sangat seronok dapat menambah ilmu baru dengan program ini dan dapat mempertingkatkan lagi ilmu saya, daripada tidak tahu dan kini saya lebih yakin untuk menyelesaikan masalah.” (Nor Atikah, KPTM Kota Bharu)

Saya dapat tahu Microsoft 356 boleh diguna secara percuma, saya juga dapat belajar lebih banyak formula excel, dapat buat resume di Word, dan saya dapat cari tempat intern di portal MyFutureJobs. (Noor Shara, KPTM Kota Bharu)

Kelas yang menarik kerana dapat belajar benda baharu iaitu teknologi AI.” (Nurul Aida, komuniti PEDi Padang Tembak)

Alhamdulillah banyak sangat ilmu baru yang saya dapat hari ni. Hari ini adalah pertama kali saya tahu tentang penggunaan Outlook. Saya baru tahu tentang Microsoft 365, Sway, dan banyak ilmu baru yg dapat dalam Microsoft Word, Excel. Chat GPT juga merupakan salah satu info yang sangat menarik. Antara sesi favourite saya adalah Microsoft Outlook boleh link dengan Microsoft yg ada di komputer dan juga tentang Sway. Saya harap dengan ilmu yg saya dapat hari ni dapat membantu saya dalam mencari kerja. Terima kasih.” (Solehah, komuniti PEDi Padang Tembak)

Penghargaan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pihak PERKESO Kelantan, SKMM, KPTM dan juga PEDi Padang Tembak diatas penyediaan fasiliti moden dan lengkap demi memastikan kelancaran kedua-dua bengkel tersebut. 

#MicrosoftPhilanthropy #SkillsForJobsMY

Keep reading