Pra-pembelajaran:
Jun-Julai 2023
Kem Latihan Fizikal:
20, 21 & 22 Julai 2023 (TBC)
Pelaksanaan Projek:
Ogos 2023 – Januari 2024
Program ‘Environmental Accelerator’ bertujuan untuk mewujudkan organisasi alam sekitar yang sangat berkesan dan berpengaruh, serta mempunyai dinamik dan rangkaian sinergi. Melalui penilaian dan rangsangan pertumbuhan anda, kami dapat membina suatu kekuatan demi perubahan positif yang dapat berfungsi sebagai insentif transformasi persekitaran.
Adakah kegiatan anda berkaitan dengan:
Realisasikan potensi penuh organisasi anda dan cipta impak yang lebih besar demi kelestarian di Perak! Sekiranya anda mengusahakan projek alam sekitar di rantau ini dan ingin berganjak ke tahap seterusnya, program ini merupakan peluang terbaik untuk melakukannya. Sertai kami dan ketahui bagaimana anda dapat menjadikan Perak sebagai tempat yang lebih lestari, di samping memperluas jangkauan dan pengaruh anda!
Program ini dilaksanakan khusus untuk organisasi alam sekitar di Perak untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan organisasi anda dengan:
Peserta yang terpilih daripada program ini bukan sahaja akan dapat meraih keuntungan melalui geran kecil malah turut berkesempatan untuk mempelajari kemahiran baru dan menuntut ilmu daripada pakar-pakar industri. Program ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan produktiviti malah turut dapat meluaskan impak organisasi anda pada skala yang lebih besar! Peserta Program ‘Environmental Accelerator’ ini juga akan diberi akses kepada pelbagai kelebihan yang dapat membantu mereka dalam perjalanan menuju kelestarian!
Kelebihan merangkumi:
Pembelajaran berterusan dengan pakar industri kami
Peluang untuk memenangi sebahagian daripada geran yang bernilai RM400,000
Bimbingan selama 6 bulan bersama pakar industri
Jadi sebahagian daripada Ekosistem Biji-biji / Mereka
Penerapan teknologi baru ke dalam organisasi anda untuk meningkatkan produktiviti
Dapatkan akses kepada tenaga manusia untuk membantu perjalanan projek anda
Panggilan permohonan bermula dari 24 April - 7 Jun 2023
Minggu 1: Mengalu-alukan para perserta melalui Zoom untuk sesi "onboarding" dan pengenalan program.
Minggu 2 & 3: 2 minggu pembelajaran kendiri & waktu pejabat untuk memperhalusi cadangan anda
20-22 Julai 2023. 20-22 Julai: Kem fizikal selama 3 hari dan sesi ‘pitching’ di Ipoh
Untuk merebut peluang memenangi sebahagian daripada geran RM 400,000 dan peluang untuk berhubung dengan pakar industri dan jurulatih.
Penciptaan Impak
Organisasi yang dipilih akan melaksanakan projek yang dicadangkan, dan menjalani program bimbingan selama 6 bulan dengan sesi sokongan berterusan dan pembelajaran bersama rakan. Organisasi yang mengambil bahagian akan mendapat akses sokongan dan rangkaian daripada ahli-ahli yang berpengalaman dalam lapangan ini.
Program ‘Environmental Accelerator’ ini disasarkan kepada organisasi yang mempunyai projek berkaitan dengan alam sekitar di Perak, Malaysia.
Ya, kami akan tetap menerima permohonan anda walaupun anda tidak berdaftar! Kami juga boleh membantu anda dengan proses tersebut. Sila kemukakan permohonan anda selewat-lewatnya pada 7 Jun 2023
Program kami mengutamakan organisasi baharu. Walau bagaimanapun, jika anda rasa organisasi anda boleh mendapat manfaat daripada bengkel dan kem latihan, anda dialu-alukan untuk memohon!
Ya, sekiranya organisasi anda merancang untuk melaksanakan sebarang projek berkaitan alam sekitar di Perak.
Ya, jika anda ingin mengubah kerja anda menjadi sesuatu yang lebih besar, dan kumpulan anda komited pada projek yang anda ingin laksanakan.
Ya, anda tidak memerlukan kertas cadangan penuh, tetapi anda harus tahu projek apa yang anda ingin jalankan. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk menjayakan projek tersebut sepanjang program ini berlangsung.
Tidak. Kumpulan dana geran RM400K akan dibahagikan kepada 20 pemenang terpilih.
Program ini berlangsung selama 8 bulan bermula dari Jun 2023 hingga Januari 2024.
Kami mempunyai trek alumni yang boleh anda gunakan. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di accelerator@biji-biji.com atau +60146652533
Selamat kembali, rakan alumni!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Program ‘Environmental NGO Accelerator’ 2021. Kami berbangga atas penyertaan anda sepanjang perjalanan program lalu. Kami telah menyaksikan kesungguhan dan dedikasi yang telah anda berikan dalam projek anda dan kami berbangga kerana dapat memberi dorongan dan bantuan kepada anda melalui geran kecil untuk memulakan visi anda. Kini, tiba masanya untuk bergerak ke peringkat seterusnya dan BERKEMBANG!
Jika anda mempunyai projek yang memerlukan pembiayaan tambahan atau jika anda berminat untuk memohon geran tetapi tidak pasti tentang prosesnya, Program Mentor Alumni EA kami boleh membantu anda! Biarlah mentor kami membimbing anda melalui proses permohonan geran dan memberikan sokongan untuk menjayakan projek anda!
Menggunakan AI , Pelaporan Impak , Pengenalan kepada ESG , Pengenalan Model Pembangunan Lestari Perak Perak
Perolehan bakat, Dokumentasi / Simpan kira / proses audit dalaman, Akreditasi Perusahaan Sosial dan token NGO
Dengan ringkasnya, trek Alumni ialah program bimbingan selama 6 bulan dengan matlamat akhir untuk membimbing anda menghantar permohonan geran yang lebih besar yang boleh membawa impak yang lebih besar kepada organisasi anda.
Tidak. Tiada geran yang terlibat. Memandangkan organisasi anda kini layak untuk mendapatkan pembiayaan yang lebih besar, kami boleh membantu anda mencapainya.
Ya. Selain daripada berhubung dengan mentor dari industri, anda juga akan belajar dan berhubung dengan rakan sebaya anda serta kohort baharu untuk mencipta sistem sokongan bersinergi.
Trek Alumni menyediakan akses kepada bakat sebagai rakan kongsi serta menyediakan akses organisasi anda ke hab Mereka io kami untuk membantu menarik lebih ramai orang untuk menyertai program anda!
Trek Alumni akan memberikan sokongan melalui bengkel pembelajaran berterusan, perolehan bakat serta bantuan dalam memperoleh Akreditasi Perusahaan Sosial dan token NGO yang akan membantu membawa organisasi anda ke tahap baharu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di accelerator@biji-biji.com atau +60146652533